PEMIMPIN ISLAM KE-42 DALAM DUNIA

 

Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat (10 Januari 1931-12 Februari 2015)

Allahyarham merupakan seorang ahli politik Malaysia dan seorang ulama Islam yang dihormati. Beliau dikenali kerana mengutamakan nilai-nilai Islam dan keadilan sosial dalam kepimpinnanya.  Beliau memegang prinsip-prinsip moral dan etika Islam dalam tindakan politiknya.  Ketokohan beliau dalam mempengaruhi pemikiran Islam ternyata membawa dampak yang amat besar apabila berjaya mengubah negeri Kelantan yang dikenali sebagai 'Paris of Malaya' kepada negeri 'Serambi Mekah'.

Kematiannya mencetuskan kesedihan yang mendalam kepada ahli PAS dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian.  Beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan ramai yang senang akan cara beliau melayan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Tok guru Nik Aziz mendapat sokongan daripada sebilangan besar orang bukan Islam di Malaysia dan memainkan peranan penting dalam peningkatan sokongan pada  PAS di kalangan orang bukan Islam. Beliau merupakan seorang pemimpin yang jujur, amanah serta sukar dicari ganti. Kematian beliau merupakan satu kehilangan yang meruntun jiwa seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Semoga Allah ampunkan beliau dan meletakkan rohnya bersama dengan roh orang-orang soleh.

Ulasan