Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang bahagia, empat adik - beradik yang terdiri daripada Along (Fizz Fairuz), Angah (Fezrul Khan), Uda (Ezzaty Abdullah) dan Ucu (Syafie Naswip) yang masing - masing tinggal di luar Kuala Lumpur akan pulang beraya di rumah ibu bapa mereka di Kuala Lumpur setiap kali tibanya Syawal. Mereka adik - beradik sangat rapat, namun sesuatu terjadi dan hubungan mereka adik - beradik mula renggang secara tiba - tiba. Ibu mereka (Fauziah Ahmad Daud) menyedari yang anak - anaknya itu ada masalah sesama mereka dan berasa sedih apabila masing - masing mengelak untuk berjumpa. Oleh itu, ibu mereka cuba untuk menyatukan semula anak-anaknya dengan memanggil kesemua anak-anaknya untuk pulang ke kampung lebih awal untuk membuat persiapan menyambut Syawal bersama-sama. Namun begitu, yang diharapkan tidak berlaku kerana berlakunya pergaduhan akibat bertikam lidah antara sesama sendiri menyebabkan keempat-empat mereka ingin pulang ke rumah masing-masing.
ULASAN
Pada pendapat saya,
telefilem ini sesuai untuk dijadikan tontonan seisi keluarga kerana mempunyai
pengajaran yang boleh diambil bagi setiap keluarga. Telefilem ini juga
mempunyai genre yang pelbagai iaitu marah, sedih dan lucu. Watak yang paling
saya gemar ialah Ucu yang dilakonkan oleh Syafie Naswip kerana watak ini
menggambarkan perwatakan anak bongsu yang dirasai seperti saya sendiri. Watak
ini menunjukkan bahawa anak bongsu hanya boleh berdiam dan tidak mampu
melakukan apa-apa atas dasar menghormati kakak dan abang yang lebih berusia.
Anak bongsu juga mengetahui segala hal-hal yang dirahsiakan oleh ibu bapa demi
menjaga keharmonian sesebuah keluarga. Saya juga turut mengalami situasi yang
sama seperti adik-beradik yang bertikam lidah hingga renggangnya hubungan dalam
kekeluargaan. Melalui telefilem ini, ibrah yang boleh diambil ialah sentiasa
menghormati adik-beradik tidak mengira umur dan bertoleransi antara satu sama
lain.
Ulasan
Catat Ulasan