PAKAR MOTIVASI : DATUK PROF DR. MUHAYA MUHAMAD

 DATUK PROF DR. MUHAYA MUHAMAD

Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad berasal dari Kampung Ladang, Kuala Terengganu dan dilahirkan pada 1 Disember 1958. Beliau sudah lama berkahwin dengan Dr Azmi Jamion yang memiliki sebuah klinik sendiri dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan yang juga bergelar Doktor.  Beliau mendapat gelaran Profesor Oftalmologi AUCMS, Pakar Inspirasi dan Kolumnis Majalah, Pakar Perunding Mata dan Pengarah Pusat Lasik dan Mata, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Dr Muhaya juga adalah pakar perunding mata pertama di Asia Tenggara yang menggunakan prosedur lasik dengan mesin Vismax Femtosecond yang termoden tanpa menggunakan pisau sepenuhnya.

Nama beliau semakin dikenali selepas berjaya menangani masalah ‘uveitis’ radang mata yang kebiasaannya menyerang individu berusia 15 hingga 40 tahun. Ia boleh terjadi pada kedua-dua mata atau salah satunya. Sekiranya ia terjadi, berkemungkinan pesakit untuk buta adalah tinggi. Tiada doktor yang berjaya menangani uveitis sebelum ini, namun Datuk Prof Dr Muhaya telah berjaya menangani masalah tersebut selepas melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah di London.

Ketokohan dan pengaruhnya selama 23 tahun begitu besar dalam landskap motivasi diri mahupun kerjaya profesional dalam bidang kedoktoran, hingga berjaya dapat mengubah minda masyarakat untuk berubah menjadi lebih baik, menerusi inspirasi diberikan. Rujukan Dr Muhaya lebih banyak kepada mendengar daripada membaca bahan dan begitu mengagumi bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.  Atas perhatian masyarakat yang begitu besar terhadap dirinya, Dr Muhaya mahu meluaskan pengaruhnya dengan memilih pendekatan global, antaranya menerusi menerusi laman sosial. Kini, beliau memperkuatkan keistimewaan sebagai penceramah kegemaran ramai menerusi Facebook Live yang semakin diterima baik di negara ini.

---------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------

      MUTIARA KATA DATUK PROF DR. MUHAYA

"Kita sendiri ada pilihan setiap saat. Sebelum buat sesuatu perkara, kita harus fikirkan lima pilihan iaitu iman atau nafsu, syurga atau neraka, taat atau maksiat, dosa atau pahala serta Allah reda atau Allah murka?"

"Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya"

"Orang yang bahagia adalah orang yang suka lihat orang lain bahagia"

 

Ulasan