Filem 'Pendekar Awang - Darah Indera Gajah' merupakan kesinambungan kepada Mat Kilau dan merupakan sebuah filem yang diinspirasikan daripada kisah benar. Filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd ini menelan kos sebanyak RM12 juta yang diarahkan bersama oleh dua orang pengarah iaitu Shahruddin Dali dan Saiful Reza. Filem Pendekar Awang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 11 Januari 2024.
SINOPSIS
Berkisarkan tentang
peristiwa selepas kebangkitan pahlawan Melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan
Temerloh, Pahang. Apabila British
mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan
dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers untuk menangkap
Tok Gajah sebelum terlambat. Oleh itu,
Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia
juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. Dalam
usaha Awang menyelamat, Awang telah berdepan dengan pelbagai rintangan dan
pertempuran oleh pihak British.
ULASAN
“Pendekar Awang”
adalah sebuah filem yang memiliki pengajaran yang sarat terutamanya dalam
memperkasa wanita dengan mengetengahkan perjuangan isteri Awang dalam menentang
penaklukan British di Tanah Melayu. Filem ini juga mengupas tentang perjuangan
isteri Awang yang bersama-sama menentang penjajahan. Filem ini juga sesuai
untuk ditonton oleh seisi keluarga kerana mampu memupuk rasa cinta dan bangga
akan pahlawan-pahlawan yang sanggup mengorbankan nyawa dan keluarga mereka demi
mempertahankan tanah air tercinta. Hasil
karya seni yang mempunyai unsur sejarah ini seharusnya diteruskan demi
mewujudkan generasi yang mengenali sejarah yang berlaku.
Ulasan
Catat Ulasan