Kursus penglahiran bakat kreatif (BBK3410) merupakan salah satu kursus yang diwajibkan untuk diambil oleh para pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kursus ini memberi pendedahan mengenai tentang cara untuk menghasilkan sesebuah karya seperti pantun, drama, cerpen, sajak, syair dan novel. Dalam pada masa yang sama, melalui kursus ini saya lebih mengenali sasterawan negara yang terulung seperti Dato' Seri (Dr) A. Samad Said, Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad, Datuk (Dr.) Usman Awang, Prof. Dr Siti Zainon Ismail dan ramai lagi. Sasterawan-sasterawan ini membuktikan bahawa bahasa Melayu itu indah jika digunakan dengan sebaiknya.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof Madya Dr. Kamariah Kamarudin atas segala usaha untuk melahirkan bakat pelajar kumpulan 1 untuk menghasilkan ciptaan karya sendiri seperti cerpen, pantun dan sajak. Tanpa usaha gigih beliau, kami tidak akan mampu mencungkil bakat yang ada dalam diri.
Ulasan
Catat Ulasan