“Untukmu
Palestine”
Nyawa yang tidak berdosa menjadi taruhan
Dibedil bom yang berterbangan
Tipu muslihat cuba mengaburi penglihatan
Untuk menentang iman habis-habisan
Hanya suara tembakan yang kedengaran
Membunuh jiwa-jiwa kecil sebagai korban
Tiada belas kasihan diberikan
Malah sekatan demi sekatan yang dibekalkan
Dengarkan musuhku,
Kediaman mereka dapat kau hancurkan
Namun iman mereka tak tergoyahkan
Dalam setiap titisan air mata tersemat
ketabahan
Kerana secebis doa yang dikirimkan
Wahai saudaraku,
Maafkan aku hanya mampu berdoa
Masih terpuruk di bawah naungan kuasa dusta
Lalai dibawa arusnya dunia
Moga dapat ku bersama kamu semua
Menuntut kedamaian yang seharusnya milik kita
Ulasan
Catat Ulasan