MENJELAJAHI NEGARA 4 MUSIM


FRANCE & UNITED KINGDOM

Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan, tidak menyangka bahawa diri ini dapat menjejakkan kaki ke negara 4 musim.  Perasaan teruja saat pertama kali melihat negara orang yang sangat berbeza dengan negara sendiri. Negara yang dilawati adalah France dan United Kingdom pada penghujung tahun 2014.  Saya dan ibunda ke sana adalah untuk menziarahi ayahanda yang membuat kajian di University of Salford selama tiga bulan bagi memenuhi cuti sabatikal.  Saya bermusafir selama dua minggu dan tinggal di rumah yang disewa di Manchester.  

Tidak dinafikan bahawa negara Malaysia jauh lebih menarik berbanding negara lebih-lebih lagi mengenai makanan. Agak sukar untuk mendapatkan makanan yang halal apabila berada di luar negara. Mujur, ayahanda membawa kami ke China Town untuk mendapatkan barang-barang masakan yang halal. Meski berada di negara orang, ibunda membuat nasi lemak bagi menghilangkan kerinduan terhadap negara Malaysia. 









Ulasan