Pementasan teater "Awang Elok Rupa" karya Milyana Arshad, arahan oleh Azerai Azmi, Amar Reza Zainalabidin dan Nabil Zahan dipentaskan oleh pelajar kursus BBK3305 Kesusasteraan Rakyat Melayu bersempena Malam Tradisi Sastera Rakyat yang ke-39. Pementasan teater ini berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 9 Januari 2024. Pementasan ini juga hasil kolaborasi bersama pelakon-pelakon Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), pelajar kursus Asas Teater dan pelajar kursus Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan.
Melalui tugasan projek yang diberikan dalam kursus BBM3412 : Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan saya telah mendapat peluang untuk menjadi sebahagian ahli jawatankuasa pada Malam Tradisi Sastera Rakyat yang ke-39. Ini merupakan pengalaman yang indah pada awal permulaan tahun 2024. Meski pun harus menghadapi pelbagai tekanan namun segalanya dapat dihadapi dengan baik disebabkan sokongan yang padu oleh rakan-rakan seperjuangan. Alhamdulillah, kumpulan saya telah mendapat tempat pertama dalam pelaksanaan video tugasan.
Ulasan
Catat Ulasan