Boikot merupakan suatu usaha tidak membeli produk atau mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti untuk menunjukkan penolakan yang kuat terhadap suatu isu. Kini, dengan keadaan yang semakin meruncing di Palestin, ramai pihak bertindak untuk menjalankan usaha boikot ke atas produk buatan Israel dan syarikat yang menyokong rejim itu. Namun, timbul persoalan sama ada usaha memboikot produk Israel ini berkesan dalam memberikan tekanan kepada pihak tertentu.
"Betul ke
boikot ni boleh jatuhkan Israel?"
Untuk menjayakan boikot, gerakan itu juga perlu memudahkan pengguna untuK menyokongnya melalui kos kewangan dan psikologi yang rendah. Penyertaan di dalam usaha boikot menjadi lebih mudah jika produk atau servis yang ingin diboikot mempunyai pengganti. Orang ramai diingatkan juga supaya memboikot syarikat yang benar-benar disasar oleh pihak terlibat seperti BDS. BDS menjalankan usaha boikot secara tersasar atau ‘targeted boycotting’, iaitu memberi fokus boikot terhadap beberapa syarikat tertentu untuk mendapatkan impak maksimum.

Ulasan
Catat Ulasan